Selamat Datang ;)

Jumaat, 24 Februari 2012

SENARAI TUGAS PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat
rujukkan jika perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling
menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, Berasa
selesa dan berimpati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.
10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
11. Mematuhi etika kerahsiaan.
12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan Mengalakkannya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.
16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk Membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan