Selamat Datang ;)

Jumaat, 24 Februari 2012

Majlis Perlantikan PRS SKKT1 2012

Perkara : Majlis Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Tarikh : Isnin, 20 Februari 2012

Tempat : Padang Perhimpunan SKKT1











CARTA ORGANISASI PRS SKKT1 2012


GURU PENASIHAT
PN IDAYU BT ALIMAT ( GBKSM 1 )
PN HALIMAH BT ABD HALIM ( GBKSM 2 )
PN NURUL AIN BT DAUD
PN ISMAWATY BT SIDEK

PENGERUSI
NATASYA MASTURA BT FISSOL ( 6 BESTARI)
NAIB PENGERUSI
MOHD FAIZ BIN MOHD AZMI ( 6 BIJAKSANA)

SETIAUSAHA
NOR AMELIA BTE ZULKEFLY ( 6 CERDAS )

PEN. SETIAUSAHA
MOHD ALIF NAJMI BIN MOHD NAZRI ( 5 BESTARI )

BENDAHARI
MOHD SHARIF BIN ROZAIMAN ( 6 CERDIK )

AJK TAHUN 6
MOHD AIMAN HALIM B MD NAWAWI ( 6 CERDIK )
NORDAYANA BTE HAMZAH ( 6 PINTAR )
NURSYAIDATUL ATHIRAH BT IBRAHIM ( 6 PINTAR )
MOHD NAIM B IBRAHIM ( 6 PINTAR )

AJK TAHUN 5
MARCELA AK DIKAW ( 5 CERDIK )
EMELDA AK MICHEAL ( 5 CERDIK )

AJK TAHUN 4
NORFASIHA HUSNA BTE AZIZI ( 4 BESTARI )
MOHD ALIF HAIKAL B JALIZAN ( 4 BESTARI )

SENARAI TUGAS PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat
rujukkan jika perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling
menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, Berasa
selesa dan berimpati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.
10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
11. Mematuhi etika kerahsiaan.
12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan Mengalakkannya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.
16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk Membantu.

IKRAR PRS

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).

1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang
diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

VISI & MISI PRS

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

DEFINISI PRS

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.